kisah seorang insan

kisah seorang insan

Tuesday, January 4, 2011

SYURGA DI BAWAH TAPAK KAKI IBU



Takbir kini mula bergema. Allahuakbar! Lebaran Aidilfitri menjelang lagi. Orang ramai mula berpusu-pusu ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri. Hari ini umat Islam akan merayakan kemenangan mereka. Kejayaan yang diperoleh hasil berpuasa selama sebulan dalam bulan Ramadhan.
Di kala ini kulihat semasa semua insan bergembira. Dedaun nyiur menari-nari mengikut alunan bayu seolah-olah sedang keriangan menyambut kedatangan lebaran yang ditunggu-tunggu. Suasana pagi ini sungguh mendamaikan. Tetapi jiwaku tidak setenang dan sedamai suasana ini. Jiwaku tidak seriang kanak-kanak yang berbaju baru. Hatiku tidak sepuas si ibu yang menyiapkan juadah. Hatiku juga tidak segembira seorang nenek yang melihat rumahnya dipenuhi cucu-cucu.
Setiap kali hari ini menjelang, kotak fikiranku akan melayarkan kembali peristiwa itu. Dan yang pasti layar ingatanku hanya tertumpu di situ. Ya! Peristiwa itu! Empat tahun yang lalu…
“Mak, oo… mak! Mak ada kat mana, mak?” Aku memanggil ibuku, seorang ibu tunggal yang berusaha dengan gigihnya untuk membesarkan aku dan abang. Emak tidak pernah mengadu atau berputus asa walaupun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan. Setiap malam emak terpaksa bersengkang mata untuk menyiapkan kuih-muihnya untuk dijual di gerai nasi lemak Mak Tipah di seberang jalan. Selepas itu, emak akan menyipkan sarapan untukku dan abang.
Emak selalu berpesan kepada kami supaya belajar rajin-rajin untuk mencapai kejayaan dan menebus nasib kami sekeluarga. Akhirnya selepas tamat pengajian di universiti, aku dan abang telah menjawat jawatan penting di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur. Walaupun pejabat aku dan abang agak jauh tetapi kami berhubung antara satu sama lain. Setiap kali hujung minggu atau pada cuti am, kami akan balik bersama-sama untuk menjenguk emak di kampung.
Selepas beberapa tahun, abang mula berubah. Pada mulanya abang tidak lagi bersama-sama aku pulang ke kampung. Alasannya ialah dia sibuk dengan kerja setelah dinaikkan pangkat. Tidak berapa lama kemudian, kami betul-betul terputus hubungan. Apa yang aku tahu, abang telah bertukar tempat kerja dan sudah tidak menyewa di rumah lamanya itu.
Emak mula risau akan perubahan diri abang. Walaupun aku nampak tenang sahaja gelodak hati kecilku tiada siapa yang tahu. Aku menyembunyikan perasaan runsingku setiap kali pulang ke kampung semata-mata untuk menenangkan perasaan emak. Akhirnya aku menceritakan juga masalahku kepada Ammira, sepupuku yang juga tunangku sendiri.
Ammira agak terkejut. Namun dia berjanji untuk menolongku. Setelah puas mencari abang, kami masih menemui jalan buntu. Sehinggalah suatu hari apabila aku pulang ke kampung… ketika itu aku memanggil-manggil emak tetapi tiada sebarang sahutan. Aku segera ke belakang rumah apabila aku terdengar suara orang sedang bercakap-cakap.
“Mak, saya nak tanah tu. Bank dah setuju nak kasi RM500 ribu. Saya nak duit tu buat berniaga.” Aku terdengar suara abang.
“Eh, bukankah kau sekarang ni bekerja dengan syarikat? Buat apa engkau susah-susah nak berniaga?” kata emak kepada abang.
“Emak, sebenarnya saya dah berhenti kerja dan sekarang ni saya betul-betul dalam kesusahan, mak. Hanya emak saja yang boleh tolong saya!” Rengus abang dengan agak kasar.
Aku tiba-tiba menyampuk, “Masalah apa yang abang hadapi sekarang ni? Takkanlah sampai nak cagarkan tanah pusaka arwah abah tu?” aku bertanya walaupun kusedar kehadiranku agak mengganggu ketika itu.
“Kau jangan nak masuk campur. Ini urusan antara aku dengan emak, kau diam!” aku terpana seketika. Aku begitu terkejut mendengar jawapan abang sebentar tadi. Begitu cepat abang berubah. Aku seolah-olah tidak mengenali lagi insan di hadapanku ini. Emak kemudiannya masuk ke dalam rumah dan diikuti oleh abang. Aku terpingga-pingga keseorangan di luar, di bawah pohon tualang. Di sinilah aku dan abang sama-sama bermain suatu ketika dahulu.
Tiba-tiba aku dikejutkan oleh suara emak yang agak meninggi. Aku cepat-cepat meluru masuk ke dalam rumah melalui pintu dapur yang sedari tadi terkuak. Kulihat emak sedang bertengkar dengan abang. Tidak kusangka pertengkaran yang mengejutkan itu akan berakhir dengan tragedi yang amat menyedihkan. Ketika kemarahan abang sampai ke kemuncak, abang menolak emak dengan sekuat-kuat hati menyebabkan kepala emak terhantuk di pintu.
Darah daripada luka terpalit di pintu manakala emak terjelepok di lantai dan tidak sedarkan diri. Aku segera mendapatkan emak tetapi kulihat darah mengalir terlalu banyak. “Abang, cepatlah bawa emak ke hospital, bang,” aku merayu kepada abang sambil menagis teresak-esak. Namun rayuanku tidak dihiraukan sementara abang berlalu pergi dengan reaksi berpuas hati kerana dapat melepaskan kemarahannya.
Dengan pertolongan orang-orang kampung, emak dikerjakan ke hospital. Takdir Allah mengatasi segala-galanya. Akibat pendarahan otak yang agak serius, emak meninggal dunia tanpa mengucapkan keampunan kepada abang. Di kala takbir raya bergema, aku menagis kehibaan kerana orang yang paling aku sayangi telah kembali ke rahmatullah. 1 Syawal tidak memberi apa-apa makna buat ku lagi.
Namun, dari saat itulah bermula azab dalam hidup abang. Kira-kira seminggu selepas kematian emak, abang dikejarkan ke hospital kerana jatuh sakit secara tiba-tiba. Apa yang membingungkan ialah doktor gagal mengesan penyakit yang dihadapinya. Abang sebaliknya meraung, menjerit, meronta, dan menggelepar kesakitan. Dalam raungannya itulah dia meminta ampun daripada arwah emak kerana tidak sanggup menanggung azab yang pedih.
Berterusanlah keadaanya selama beberapa hari sehinggalah pada suatu hari Ammira dan keluarganya mencadangkan supaya seorang ustaz dipanggil. Merekalah yang telah banyak menolong aku semenjak aku ditimpa peristiwa malang berturut-turut ini. Akhirnya Ammira membawa seorang ustaz tersebut dan menceritakan segala-galanya kepadanya. Dalam pada itu, doktor dan jururawat tidak mampu membuat apa-apa kecuali mengikat abang di katil dan menyuntiknya dengan ubat pelali untuk menidurkannya.
Sedang kami berbual-bual, tiba-tiba sekali lagi abang menjerit kesakitan. Kali ini jeritannya cukup jelas dan menakutkan.
“Emak, ampunkan saya, mak. Panaaaas. Saya sakit mak,sakiiiit! Tolonglah emak ampunkan dosa saya.” Bersama raungan yang dilepaskannya sekuat hati, tubuh abang menggelepar seperti dipanggang di dalam api yang sedang marak. Mukanya berkerut sementara matanya terbelalak akibat azab yang amat pedih. Semua yang ada dalam wad memandang ke arah kami. Di samping ayat-ayat suci al-Quran, ustaz tersebut membacakan surah Yasin untuk abang. Namun, apabila dibacakan sahaja ayat suci itu, abang menjerit kepanasan. Tubuhnya menggeletik dan menggelepar kesakitan.
“Aduh panasnya! Emak, ampunkanlah saya emak! Jangan bawa saya ke situ, emak, panas. Jangan bawa saya ke situ. Saya tak mahu, sakit, sakit. Tolonglah emak, ampunkan saya, saya bersalah.”
Jeritan abang itu meruntunkan hatiku bagaikan merentap-rentap jantung hatiku. Air mataku bercucuran tanpa dapat disekat-sekatkan lagi. Lebih kurang pada pukul 10.00 pagi abang kelihatan begitu tenat. Nyawanya seperti berada dipenghujungnya. Setelah ustaz membaca surah al-Asr, al-Falaq, an-Nas, serta asmaul husna, abang berhenti melaung dan menggelepar. Keadaan senyap seketika. Masing-masing beristighfar dan membaca ayat-ayat suci al-Quran. Terbayang kelegaan di wajah masing-masing.
Tiba-tiba ketenangan itu dipecahkan sekali lagi oleh jeritan abang. Dia mengerang sambil tubuhnya kejang menahan kesakitan, matanya terjegil seperti hendak terkeluar dan serentak itu najisnya terpancut keluar, bertabur membasahi seluarnya. Bau najisya menusuk hidung kami. Maha suci Allah, keadaannya adalah seperti sesuatu yang berat menghenyak perutnya yang mengakibatkan nyawa, roh, najis, organ-organ, dan segala-galanya yang ada di dalam tubuh terhambur keluar secara serentak. Di bahagian atas, semuanya seperti hendak terpancut keluar hingga mata tersembul, sementara di bahagian bawah kakinya kaku dan najis berhambur memancut-mancut. Cukup aib dan menyedihkan. Pakaian dan katil basah dengan air mata, peluh, dan najis.
Selepas ‘rentapan’ itu, abang tidak bernafas lagi. Degupan jantungnya terhenti dan dia pergi menghadap Allah s.w.t untuk menerima balasan terhadap amalannya. Tamatlah riwayat seorang anak derhaka, tidak keterlaluan rasanya aku menganggap abang begitu. Aku tidak mampu lagi menatap wajahnya, sehinggalah aku akhirnya pengsan tidak sedarkan diri.
Jenazah abang kemudiannya diuruskan oleh saudara-maraku. Aku cuma sedarkan diri sejurus selepas arwah abang selamat dikebumikan di sebelah kubur emak. Aku difahamkan beberapa kejadian memilukan telah berlaku sepanjang pengkebumian berlangsung. Tidak dapat kugambarkan apa yang berlaku. Cukuplah setakat apa yang kulihat.
Beberapa hari selepas itu, Ammira memaklumkan bahawa kubur abang berlubang dan telah pun ditimbus beberapa kali. Namun, lubang tersebut masih ada dan akhirnya kami mengadakan majlis tahlil dan bacaan Yasin beramai-ramai dan membacakan doa supaya diampunkan dosa abang terhadap emak. Itu adlah saranan daripada ustaz yang menguruskan jenazah abang tempoh hari.
Syukur ke hadrat Ilahi, kerana usaha tersebut akhirnya Berjaya. Setiap kali apabila aku mengunjungi kubur emak, kulihat pokok yang ditanam segar sedangkan pokok yang ditanam di kubur abang mati kelayuan, walaupun mereka ditanam di kubur yang bersebelahan mungkin inilah balasan terhadap anak yang menderhakai ibu, fikirku. Benarlah, SYURGA TERLETAK DI BAWAH TAPAK KAKI IBU. Tanpa kusedari, air mata yang tadinya begenang di kelopak mataku jatuh berguguran tanpa segan silu lagi. Aku kini sudahpun mendirikan rumah tangga bersama Ammira dan  memperoleh seorang cahaya mata, RIDZWAN. Aku sering berdoa agar anak-anakku menjadi anak-anak yang soleh dan tidak menderhakai ibu bapanya.
“Ummi… kenapa ummi menangis?” pertanyaan RIDZWAN telah meleyapkan segala kenanganku sebenar tadi. “Tak adalah, ummi Cuma teringatkan arwah nenek dan pak long tadi. Jom kita masuk.”


Sunday, January 2, 2011

A TERRIFYING EXPERIENCE


I woke up drenched with sweat . I thought I had forgotten all about my the terrifying experience in my life . After all , it had happened about two years ago , when I form 4 .
We had been on a family trip to Pulau Langkawi and we had enjoyed ourselves tremendously . We beamed with pride on that day . It was the last day of the holiday and my mother had suggested that we explore the old part of the town . “ The architecture of the town is really unique ” , she said .
“ mom is correct ” , I thought as I admired the shop houses . Armed with my new Canon camera , I snapped shots of the unique designs on the doors  “ But look , Faisal ,that side road is even more interesting . Look at the numbers of stalls selling all kinds of Pulau Langkawi delicious “ . I like this kind of sightseeing . The interesting even attracted me to go there . I will just have a quick survey “ . I called out to my sister .
It was in fact a maze of side roads . When I tried to get back to my family . I found that I was truly lost . I tried to call my sister , but did not answer . Just ahead of me , I saw a crowd of people . They were standing in front of the old building and looking up at the roof . I joined them and I saw a man standing one of the buildings . He was not very old probably in his fifties . He was standing as still as a statue . To my horror , the crowd of people started calling him “ Don’t just stand there ! Do something ! “ Another man joined in . “ Yes , do something – jump ! “  Soon the whole crowd was encouraging him to jump . “ Jump ! Jump ! Jump ! “ They roared . I was petrified .
Then I flew into a rage . “ Go back ! don’t jump ! “  Suddenly the man disappeared from sight . I could breathe again . However the crowd started taunting him further “  1 , 2 , 3 , …. Jump ! “ And the man did .
My eyes were closed as I screamed and screamed and I sat down . Suddenly , gentle hands touched me . “  Young boy , look ! look at the camera , there and beside there , hush , do not cry , he’s only making a film . “
That day , Today and Tomorrow , I still feel very shy , shy and shy….
Oh no..


Wednesday, December 22, 2010

Renungan Diri Anda!!!!

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.
Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.
Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.
Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.
Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.
Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.
Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.
Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.
Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.
Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !